Wednesday 16 January 2013


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHAP 2

Tarikh             : 24 Mac 2011 (Khamis)
Masa              : 9.45 pagi – 10.45 pagi (1jam)
Tahun                        : 4 Mulia
Bil. Murid       : 28 orang
Tema              : Kepenggunaan
Tajuk              : Hari Usahawan Muda
Objektif           : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1)    Menggunakan borang pengursan grafik bagi mengenal pasti isi yang sesuai sebagai kerangka penulisan
2)    Menulis karangan lengkap mengikut format
Fokus Utama            :
8.6                   Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan   karangan.
8.6 Aras 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian                                               dengan format.
 Fokus Sampingan:
8.6 Aras 1 (i) Menggunakan pengurusan grafik bagi mengenal pasti isi                                                     yang sesuai sebagai kerangka penulisan.
Pengisian Ilmu         : i – Matematik
Nilai                            :   1) Jujur
    2) Amanah

Bahan Bantu Mengajar: Gambar, borang pengurusan grafik, buku teks


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI
CATATAN

SET
INDUKSI
(5 MINIT)
Ayat permulaan:
Pada suatu pagi, Pak Mat bersiap-siap untuk ke pasar. Dia…
Guru menulis ayat permulaan cerita pada papan hitam
Murid menyambung cerita melalui aktiviti radio karat
Kemahiran: Bercerita
BBB: -
LANGKAH 1
(10 MINIT)
Contoh:
Ketika
Ami terjatuh ketika berlari di padang
Walaupun
Walaupun Aminah sangat cantik, dia seorang yang malas.

Guru mengedarkan contoh penggunaan wacana dan contoh teks
Guru memberikan contoh-contoh ayat penggunaan bagi setiap penanda wacana
Guru meminta murid mengeluarkan penanda wacana yang tedapat dalam teks dan menulisnya di papan hitam





Kemahiran:
Kefahaman dan Berfikir

BBB: Teks
LANGKAH 2
(10 MINIT)
Contoh soalan:
1)    Apakah barangan yang dijual?
2)    Mengapakah Hari Usahawan dijalankan?
Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada murid
Guru meminta murid mengisi maklumat yang diperlukan
Guru berbincang isi-isi penting yang perlu ditulis dalam karangan
Kemahiran: Perbincangan Berfikir
BBB: Borang pengurusan grafik
LANGKAH 3
(30 MINIT)
Gambar suasana ‘Hari Usahawan’
Guru mengedarkan bahan/gambar
Guru memberi beberapa contoh ayat yang berkaitan.
Guru meminta  murid menyiapkan karangan berpandukan gambar
Guru memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan karangan 
Guru membetulkan kesilapan murid
Kemahiran:
Berfikir
BBB: Gambar Hari Usahawan
PENUTUP
(5 MINIT)
Nilai-nilai murni:
1. Amanah
2. Jujur
Guru menerapkan nilai- nilai murni yang terdapat dalam tajuk

Kemahiran: 
Komunikasi
BBB: -
PENANDA WACANA

Fungsi
Contoh
Tambahan
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
Urutan
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
Penyataan semula
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
Contoh
contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
Rumusan
rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
Tempat
berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu
apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
Sebab dan kesan
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
Bandingan
seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
Pengesahan
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya


Senaraikan penanda wacana yang terdapat di dalam teks.

Borang Pengurusan Grafik 

Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat saya melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu.
            Tema yang saya pilih bagi pengajaran mikro tersebut ialah Kepenggunaan yang bertajuk ‘Hari Usahawan Muda’. Topik ini sangat sesuai memandangkan sekolah tersebut baru sahaja menganjurkan Hari Usahawan pada minggu sebelumnya. Lantaran, murid telah mendapat pengalaman sebenar mengenai tajuk tersebut. Selain itu juga, objektif pembelajaran yang dibentuk juga diharap dapat membantu murid untuk membina karangan dengan lebih baik. Tambahan pula, kelas yang dipilih terdiri daripada murid-murid tahun 5 di mana mereka perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan awam pada tahun depan. Dalam tajuk ini juga, dapat diketengahkan beberapa nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap murid.              
            Sepanjang saya menjalankan pengajaran mikro tersebut, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan  dan penambahbaikan yang perlu diambil kira sebagai latihan untuk saya menimba pengalaman sebagai guru sebenar. Sebelum memulakan proses pengajaran mikro tersebut, saya telah membuat persediaan daripada aspek fizikal dan mental serta penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) agar proses pengajaran dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Saya juga berbincang dengan guru kelas dan guru Bahasa Melayu untuk setiap perkara yang bakal saya lakukan nanti.
            Namun demikian, menjadi guru bukan semudah yang dilihat. Pelbagai perkara perlu diambilkira semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping meneruskan objektif pengajaran pada hari tersebut, guru juga perlu menghadapi pelbagai tingkah laku murid serta mengurus fizikal bilik darjah secara tidak langsung. Justeru, agak sukar untuk saya melaksanakan kesemua tugas tersebut dalam satu masa. Tugasan ini telah memberi pengalaman dan kemahiran berharga secara langsung kepada saya untuk membentuk diri menjadi guru yang berkemahiran dalam semua aspek.
            Pengalaman semasa proses pengajaran mikro tersebut telah menyedarkan saya betapa banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.      Pertama, saya perlu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini perlu agar murid-murid meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita untuk menerima isi pengajaran tanpa ragu-ragu dengan keupayaan guru. Dan yang kedua, saya perlu lebih mendalami kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga, saya perlu tahu untuk mengurus tingkah laku murid yang mengganggu semasa proses tersebut berlangsung. Jadi, kelas dapat dikawal dengan baik.
            Kesimpulannya, pengajaran mikro merupakan pendedahan awal kepada seorang guru bagi mendapatkan pengalaman mengajar. Diharap segala ilmu yang dipelajari di institut sama ada secara teori mahu pun amali dapat dipraktikkan sepenuhnya ketika menjadi pendidik kelak.