Monday 17 December 2012

PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH


1.0  PENGENALAN
Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.
Dengan itu, pentaksiran yang tepat dan berkesan perlu dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah untuk membantu guru sendiri dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam mengesan kelemahan murid seterusnya memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan strategi pengajaran guru agar sesuai dengan tahap dan kemampuan murid.  
Manakala, ujian ialah salah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).
Bagi mengupas tugasan ini dengan lebih mendalam lagi, saya telah mengumpulkan sedikit sebanyak maklumat mengenai pengujian, pentaksiran, penilaian, Taksonomi Bloom dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) agar dapat memahami tajuk soalan kerja kursus dengan lebih baik dan bakal menghuraikannya dengan lebih berkesan.

4.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untukmerancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU terlebih dahulu yang juga merupakan rancangan persediaan item / soalan. JSU juga dikenali sebagai Test Blue Print dan Test Specification. Ia mengandungi matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Tahun 5, berikut merupakan kemahiran yang dipelajari oleh murid Tahun 5;
         Kata Ganti Nama Diri                        Kata Adjektif                            Kata Kerja          
           Kata Sendi Nama                           Kata Hubung                        Kata Bilangan       
               Kata Seru                                    Kata Ganda                             Kata Tanya                        
            Kata Penguat                            Kata Arah / Tunjuk                       Peribahasa
       Penjodoh Bilangan                               Imbuhan                                Kosa Kata            
              Antonim                                         Sinonim                             Pilih Jawapan     
           Pilih Soalan                               Ayat Yang Betul                  Ayat Sama Maksud             
                                                          Kata Banyak Makna   

Berdasarkan kemahiran tersebut, satu Jadual Spesifikasi Ujian telah dibina sebelum menyediakan soalan ujian. Soalan ini bakal dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 5 di sekolah praktikum guru pelatih iaitu Sekolah Kebangsaan X. Berikut merupakan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina guru pelatih:  


 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) TAHUN 5
BAHASA MELAYU KERTAS 1
Petunjuk aras kesukaran
1
Pengetahuan

Mudah
2
Pemahaman
3
Aplikasi

Sederhana
4
Analisis
5
Sintesis

Sukar
6
Penilaian

NO. SOALAN


ITEM OBJEKTIF
ARAS KESUKARAN
1
2
3
4
5
6
TATABAHASA
1
Kata Ganti Nama Diri
1





2
Kata Ganti Nama Diri

1




3
Kata Kerja


1



4
Kata Arah / Tunjuk
1





5
Kata Adjektif



1


6
Kata Hubung
1





7
Kata Hubung
1





8
Imbuhan


1



9
Penjodoh bilangan
1





10
Imbuhan


1



11
Imbuhan



1


12
Simpulan Bahasa / Peribahasa


1



13
Kata Ganda




1

14
Kata Ganda




1

15
Simpulan Bahasa




1

16
Sinonim

1




17
Kata Banyak Makna




1

18
Kata Banyak Makna



1


19
Ayat Sama Maksud



1


20
Ayat Yang Betul




1

PETIKAN
21
Syarahan
1





22
Syarahan

1




23
Syarahan




1

24
Syarahan




1

25
Syarahan


1



26
Diari

1




27
Diari



1


28
Diari
1





29
Diari




1

30
Diari




1



Analisa:
Jumlah soalan                                                                     30
Jumlah soalan aras  mudah                                              11
(pengetahuan dan pemahaman)
Jumlah soalan aras sederhana                                        10
(aplikasi dan analisis)
Jumlah soalan aras tinggi                                                  9
(sintesis dan penilaian)




BAHAGIAN OBJEKTIF
Soalan 1 – 15
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “__________ mesti menyerahkan laporan tahunan kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang,” kata Bidin kepada Zaidi.
A Saudara
B Kami
C Kamu
D Tuanku                                                                             Pengetahuan Aras Mudah
                                                                                                      
2 “Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda ____________ sudah    siap diatur?” tanya Sultan Melaka kepada Tun Perak.
A tuanku
B patik
C beta
D baginda                                                                                Kefahaman Aras Mudah
                                                                                          
3 Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan menggunakan sebatang pembaris.
A menconggak
B mengukur
C menggaris
D mengira                                                                               Aplikasi Aras Sederhana

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

(GAMBAR)
4 Sawardee duduk di ___________ leher gajah untuk memudahkannya mengawal gajah itu.
A atas
B puncak
C sisi
D tepi                                                                                     Pengetahuan Aras Mudah

5 Suasana di kampung itu damai dan sawah padi ____________ luas di kaki bukit.
A terbentang
 B terdampar
C terhampar
D terlantar                                                                               Analisis Aras Sederhana



6 ”____________ hari hujan maka perlawanan bola sepak itu akan di batalkan,” kata Zuraimi kepada Iskandar.
A Jika
B Semenjak
C Tatkala
D Malahan                                                                           Pengetahuan Aras Mudah

7 ”Makanlah nasi goreng ini dahulu ___________ kamu tidak lapar dalam perjalanan ke Taman Negara nanti” kata puan Yati kepada anaknya
A hingga
B sewaktu
C sementara
D agar                                                                                   Pengetahuan Aras Mudah

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

(GAMBAR)
8 Semua penumpang kapal terbang mesti berada di ____________ sejam sebelum waktu berlepas.
A ruang tunggu
B ruang menunggu
C ruang penungguan   
D ruang penunggu                                                             Pengetahuan Aras Mudah 


9 “Nah, ambillah dua ____________ kek coklat ini!” kata Hanisah kepada adik lelakinya.
A butir
B potong
C ulas
D kerat                                                                                   Pengetahuan Aras Mudah

10 Jamilah meminta kebenaran daripada ibunya untuk __________ aktiviti perkhemahan.
A sertai
B penyertaan
C disertai
D menyertai                                                                            Aplikasi Aras Sederhana

11 Ceramah itu diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang _________ najis dadah.
A menyalahgunakan
B penyalahgunaan
C disalahgunakan
D kesalahgunaan                                                                             Analisis Aras Sederhana

12 “Mengapakah kamu tidak __________ tentang pelajaran kamu sedangkan peperiksaan sudah hampir?” kata Cikgu Jamal kepada Rahim.
A ambil angin
B ulat buku
C ambil hati
D ambil berat                                                                          
Aplikasi Aras Sederhana

13 Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang kuat ditengah laut.
A terayun-ayun
B tergoyang-goyang
C terumbang-ambing
D terpontang-panting                                                         
   Sintesis Aras Sukar

14 Pak Cik Leman meletakkan _________ untuk menyangga tiang itu.
 A tetupai
 B sesiku
 C kekuda
 D jejari                                                                 
 Sintesis Aras Sukar

15 Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.
A seperti kaca terhempas ke batu
B seperti bulan jatuh ke riba
C seperti ular kena palu
D seperti mencurah air ke daun keladi                                     
  Sintesis Aras Sukar

Soalan 16
Pilih kata seerti yang sesuai.
16 Shafik berasa bangga kerana abangnya berjaya melanjutkan  pelajaran ke luar negara. Pilih perkataan seerti bagi bangga.
A bongkak
B kagum
C megah
D sukacita                                                                                          
 Kefahaman Aras Mudah

Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
17        I Meja makan di rumah Datin Suhaila diperbuat daripada kayu yang keras.
            II Budin memang seorang budak yang keras kepala.
          III Pemandu kenderaan dilarang sama sekali mengambil minumam keras.
           IV Anjing itu menyalak dengan keras apabila melihat pengemis itu berada di pintu pagar.
A I dan II
B I dan III
C I II dan III
D II III dan IV                                                                             
Sintesis Aras Sukar

18        I Peraturan di sekolah berasrama itu agak ketat.
           II Baju yang baru dibeli itu tidak muat kerana terlalu ketat.
          III Sejak perselisihan faham itu, Ahmad menjadi musuh ketat saya.
         IV Buku-buku di perpustakaan itu disusun dengan ketat.
A I dan II
B I dan III
C I II dan III
D II III dan IV                                                                   
Analisis Aras Sederhana

Soalan 19
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
19  Beg tangan daripada songket itu dijahit oleh Puan Maimunah.
A Puan Maimunah menjahit beg tangan daripada songket itu.
B Puan Maimunah akan menjahit beg tangan daripada songket itu.
C Puan Maimunah jahit beg tangan daripada songket itu.
D Puan Maimunah menjahit beg tangan untuk saya daripada songket itu.
      Analisis Aras Sederhana

Soalan 20
Pilih ayat yang betul.
20      I Hanif pergi ke kedai runcit untuk membeli santan.
         II Adik merengek-rengek minta dibelikan aiskrim.
        III Kaki seluar abang yang koyak itu kakak jahit.
       IV Pengerusi majlis meminta para-para tetamu duduk di atas kerusi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV                                                                                     
Sintesis Aras Sukar



BAHAGIAN SUBJEKTIF
SOALAN 21 - 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
          Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Inai, pada hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Masalah Kegemukan”.
Hadirin yang saya hormati,
          Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar banyak aduan dalam kalangan masyarakat kita bahawa mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Apakah faktor yang membawa kepada masalah kegemukan ini?
          Menurut kajian yang telah dijalankan, faktor pertama menyumbang kepada pertambahan berat badan ialah gaya hidup yang tidak sihat. Makan terlalu banyak, pengambilan minuman berkabonat dan makanan berlemak dan kolesterol tinggi serta tidak bersenam menjadi punca kepada pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Masyarakat kini sibuk mengejar kesenangan sehingga lupa mengamalkan gaya hidup aktif dan seimbang.
Hadirin sekalian,
          Di samping itu, faktor genetik atau keluarga turut mempengaruhi pembentukan berat badan kita. Ibu bapa berbadan gempal, kebarangkalian anak mereka juga mempunyai masalah yang sama. Hasil kajian turut menyokong kenyataan ini dengan menyatakan bahawa penghasilan lemak pada anggota badan anak biasanya diwarisi daripada ibu bapa mereka.
Hadirin yang  saya hormati,
          Faktor emosi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi tabiat pemakanan kita. Emosi yang terganggu akan menyebabkan kita rasa tertekan, marah dan sebagainya. Untuk meredakan ketegangan ini sesetengah orang akan mengambil lebih makanan tanpa memikirkan kesannya.
          Kesimpulannya, terdapat banyak punca yang mendorong kegemukan. Kegemukan yang berlebihan hanya akan mengakibatkan penyakit kronik. Justeru itu, kita mestilah mengamalkan gaya hidup secara sihat dan mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang.
Sekian, terima kasih.




21 Apakah faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah kegemukan?
                                                                                    Pengetahuan Aras Mudah
22 Nyatakan punca pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan.
            Kefahaman Aras Mudah
23 Apakah yang dimaksudkan dengan faktor genetik?
            Sintesis Aras Sukar
24 Frasa penyakit kronik dalam petikan bermaksud
                                                                         Sintesis Aras Sukar
25 Pada pendapat kamu, siapakah yang menyampaikan syarahan tersebut?
            Aplikasi Aras Sederhana


SOALAN 26 - 30
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
5 Disember 2012
          Pada pukul 4.30 petang, aku bersama kawan-kawan selamat sampai di Gua Tempurung, Gopeng. Perjalanan selama 4 jam dari sekolah amat meletihkan. Setelah 30 minit berehat, kami mula mendirikan khemah,  mencari kayu api dan memasak. Pada sebelah malam, aktiviti suai kenal diadakan. Aku berasa sangat gembira dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain secara lebih dekat.
6 Disember 2012
          Kami berkumpul pada pukul 8.00 pagi. Setelah bersenam, kami diberi taklimat ringkas sebelum memasuki gua ini. Aku sangat teruja dan tidak sabar memulakan ekspedisi ini. di dalam gua. Kami dapat melihat kelawar dan batu-batu kapur secara dekat. Kami dinasihatkan supaya berhati-hati kerana terdapat juga binatang-binatang berbisa seperti labah-labah dan ular. Pada waktu malam, kami tidak mengadakan sebarang aktiviti kerana terlalu letih.
7 Disember 2012
          Hari ketiga kami dipenuhi dengan aktiviti mendaki anak bukit. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Aku dilantik sebagai ketua pasukan. Setiap kumpulan dikehendaki mencari “harta karun” di dalam hutan. Aktiviti ini berjaya memupuk semangat kepimpinan. Aku berasa sangat gembira kerana kumpulanku mampu menghabiskan pencarian “harta karun” dengan pantas.
8 Disember 2012
          Setelah mengemas dan membersihkan kawasan perkhemahan, kami bertolak pulang ke sekolah. Aku dan rakan-rakan berasa sangat gembira sepanjang perkhemahan ini. Perkhemahan ini amat menguji ketahanan fizikal dan mental. Di samping itu, ia mengeratkan hubungan kami. Aku berharap dapat menyertai perkhemahan seperti ini lagi.
 


26 Apakah aktiviti yang dilakukan selepas tiba di Gua Tempurung?
            Kefahaman Aras Mudah
27 Pada pendapat kamu, mengapakah “aku” teruja dan berasa tidak sabar?
            Aplikasi Aras Sederhana
28 Nyatakan semangat yang penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti berkumpulan.
            Pengetahuan Aras Mudah
29 Apakah aktiviti yang meguji ketahanan fizikal dan mental? Nyatakan.
            Sintesis Aras Sukar
30 Frasa mengeratkan hubungan dalam petikan bermaksud
Sintesis Aras Sukar 


6.0 SKEMA PERMARKAHAN
SOALAN OBJEKTIF
1.    C                                                                     11. B
2.    C                                                                     12. D
3.    B                                                                     13. C
4.    A                                                                     14. A
5.    A                                                                     15. A
6.    A                                                                     16. B
7.    D                                                                     17. C
8.    B                                                                     18. C
9.    B                                                                     19. A
10. D                                                                     20. A
      (satu soalan = 1 markah)


SOALAN SUBJEKTIF
Petikan 1 (Syarahan)
21. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah kegemukan ialah gaya hidup yang tidak sihat.                                                                                        (2 markah)
22. Punca pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan ialah makan terlalu banyak, pengambilan minuman berkarbonat, makanan berlemak dan berkolestrol tinggi dan tidak bersenam.                                                (4 markah)
23. Maksud faktor genetik ialah faktor keturunan                                        (3 markah)
24. Maksud frasa penyakit kronik dalam petikan ialah penyakit yang berbahaya.  
                                                                                                                                      (3 markah)                                                                                                                                      
25. Pada pendapat saya, murid sekolah/ ketua kelas/ ketua pengawas yang menyampaikan syarahan tersebut.                                                           (3 markah)


Petikan 2 (Diari)  

26. Aktiviti yang dilakukan selepas tiba di Gua Tempurung ialah mendirikan khemah, mencari kayu api dan memasak.                                                            (3 markah)
27. Pada pendapat saya, ‘aku’ teruja dan berasa tidak sabar untuk memulakan ekspedisi memasuki gua.                                                                              (2 markah)
28. Semangat yang penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti berkumpulan ialah kepimpinan.                                                                                               (2 markah)
29. Aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal ialah  memasuki gua / perkhemahan / mendaki anak bukit.                                                      (5 markah)
30.  Frasa mengeratkan hubungan dalam petikan bermaksud merapatkan silaturrahim.                                                                                              (3 markah) 


7.0 Analisis Item Ujian
Seramai 17 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan X telah menjawab set soalan yang disediakan. Mereka terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Selepas memeriksa kertas soalan yang disiapkan mereka, berikut merupakan keputusan yang diperoleh oleh murid.

Bil
Nama Murid
Markah (%)
1
Abdullah B Muhamad
62
2
Afiq Afifi Bin Ibrahim
86
3
Amirul Mukminin Zaid
30
4
Mifdal Haziq Mustafa
68
5
Mohd Alif Bin Sanap
54
6
Mohd Danish Denial Hafiz
62
7
Mohd Firdaus Bin Alias
66
8
Mohd Lokman Bin Mashasan
32
9
Naufal Hadif B  Muhammad Haikal
56
10
Willy Yap
52
11
Faasyihah Mustafa
68
12
Farhani Ishak
68
13
Mariah Binti Musa
66
14
Normariana Bt Zakaria
70
15
Nurin Amanie Abd. Majid
64
16
Puteri Masyitah A. Aziz
74
17
Siti Musliha Aiman Bt Haiqal
48

Berikut merupakan graf keseluruhan murid berdasarkan markah yang diperoleh:
(GRAF)

Secara keseluruhannya, hanya seorang murid yang Berjaya mengumpul markah cemerlang iaitu antara 80% - 100% dengan markah sebanyak 86%. Manakala seramai 10 orang murid berjaya memperoleh markah sederhana iaitu antara 60% - 80%. Selain itu, 4 orang murid juga mendapat markah lemah iaitu antara 40% - 60% dan bakinya iaitu seramai 2 orang hanya memperoleh dalam lingkungan 30% yang mana termasuk dalam kategori sangat lemah (0% - 40%). Berdasarkan graf garis di atas, murid yang mendapat markah tertinggi ialah Afiq Afifi bin Ibrahim dengan jumlah markah sebanyak 86% manakala Amirul Mukminin Zaid hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 30% iaitu markah yang paling rendah.
Di bawah menunjukkan carta pai tentang peratusan yang terkumpul mengikut gred yang telah ditetapkan.
Gred
Markah (%)
A
80 – 100
B
60 – 80
C
40 – 60
D
0 – 40

(CARTA PAI)
Berdasarkan carta pai di atas, hanya 6% daripada jumlah murid yang berjaya mencapai gred A iaitu antara 80% - 100% dalam ujian yang dijalankan. Manakala sebanyak 59% murid berjaya mencapai gred B (60% - 80%) seterusnya menunjukkan peratusan terbesar dalam penguasaan murid dalam menjawab soalan yang disediakan. Selain itu, sebanyak 23% murid mencapai gred C iaitu antara 40% - 60%. Dan yang selebihnya, sebanyak 12% daripada jumlah murid hanya memperoleh gred D iaitu 0% - 40%.
Berdasarkan jumlah markah yang diperoleh, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti menjadi pengganggu kepada murid untuk memperroleh markah yang tinggi. Pertama, hampir kesemua murid menjawab soalan subjektif dengan ayat yang tidak lengkap. Murid hanya memberikan jawapan kepada soalan yang diutarakan tanpa menggunakan ayat yang penuh. Sebagai contoh:
Contoh soalan    :Pada pendapat kamu, siapakah yang memberikan  syarahan     tersebut?
Contoh jawapan :Pada pendpat saya, murid Sekolah Kebangsaan Taman Inai yang telah memberikan syarahan tersebut.
Jawapan murid        :Murid Sekolah Kebangsaan Taman Inai    

Justeru, mereka hanya akan mendapat separuh daripada jumlah markah yang diperuntukkan iaitu 2 daripada 3 markah. Terdapat banyak sekali markah yang dibazirkan murid yang disebabkan oleh masalah ini.
Selain itu juga, hampir kesemua murid juga tidak dapat menjawab soalan objektif nombor 14 dengan betul. Hal ini mungkin kerana mereka kurang didedahkan dengan beberapa kata ganda yang jarang kita gunapakai seperti tetupai. Dengan itu, murid hanya memberikan jawapan yang dirasakan mereka agak sesuai dan biasa digunakan di persekitaran seperti kekuda dan sesiku.
Pada pendapat saya, soalan yang saya sediakan ini agak sukar untuk dijawab oleh murid kelas kedua daripada 3 kelas. Sebagai bukti, hanya seorang murid yang mampu untuk mendapar Gred A dalam ujian yang dijalankan. Selain itu, pentadbiran ujian yang dilakukan pada waktu tengahari juga mampu mencuri tumpuan murid untuk terus fokus menjawab soalan. Mereka kelihatan sedikit malas untuk menjawab soalan ujian yang diberikan dan ada juga yang kelihatan termenung ketika menjawab soalan. Selepas ditegur barulah mereka kembali ke alam nyata dan menyambung kembali menjawab soalan. Bagi soalan subjektif, saya merasakan soalan yang disediakan terlalu panjang dan murid juga terpaksa menjawab soalan dengan jawapan yang panjang. Oleh sebab itulah mereka hanya menjawab dengan memberikan jawapan semata-mata. 

Cara mengatasi masalah
Untuk mengatasi masalah ini, sebolehnya guru sendiri cuba menjawab soalan yang dibina terlebih dahulu. Cara ini bertujuan untuk guru menilai kembali adakah soalan yang disediakan sesuai dengan tahap dan kemampuan murid, soalan tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, jawapan yang diperlukan juga tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, menentukan peruntukan jumlah masa menjawab yang sesuai  di samping dapat memeriksa kesalahan-kesalahan kecil seperti ejaan dan tanda baca sebelum diedarkan kepada murid-murid. Guru juga perlu menambahkan jumlah markah pada hujung ruangan jawapan sebagai bantuan kepad murid untuk mendapatkan markah. Hal ini akan memberikan murid untuk berfikir dan menjawab dengan jawapan yang logik sesuai dengan markah yang diperuntukkan. Justeru, mereka akan memberikan jawapan yang sesuai dan jumlah isi yang mencukupi.
Sebelum menjalankan ujian juga, guru perlu memberikan arahan kepada murid dengan jelas. Sebagai pengajaran kepada saya, saya perlu mencatat siap-siap terlebih dahulu akan arahan yang bakal diberi kepada murid selepas mengedarkan kertas soalan. Misalnya, murid perlu menjawab soalan subjektif dengan menggunakan ayat yang lengkap. Kerana kesilapan saya yang tidak memberikan arahan pada awal ujian, ramai murid kehilangan markah kerana tidak menjawab menggunakan ayat yang lengkap. 
Jumpah masa yang diperuntukkan juga boleh dipendekkan. Sebanyak 20 soalan objektif dan 10 soalan subjektif dijawab dalam masa satu jam. Keadaan ini menjadikan ramai murid mahu menghantar soalan ujian lebih awal kerana bosan untuk menunggu masa yang terlalu lama. Oleh sebab itulah, guru perlu mencadangkan jumlah waktu yang sesuai dengan jumlah soalan yang diberikan iaitu 40 minit. 


8.0 Refleksi
Tugasan BMM 3103 ini memberikan saya satu pendedahan yang amat bermakna dalam bagaimana mahu menyediakan soalan yang berkualiti dan sesuai dengan tahap dan kemampuan murid, cara yang betul untuk membina soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), adakah soalan yang diberikan boleh dijawab dengan baik oleh murid, bagaimana mahu mentadbir sebelum, semasa dan selepas ujian serta sebagainya.
            Dengan adanya tugasan ini dan dibuat secara amali juga, menjadikan saya lebih memahami tajuk kursus dengan lebih baik lagi. Pengalaman menyediakan dan menjalankan ujian yang dibina sendiri di sekolah agak mencabar kerana keadaan ini merupakan kali pertama dilakukan guru pelatih apatah lagi untuk berhadapan dengan murid arus perdana. Bagaimanapun, saya berasa gembira semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kerjasama yang diberikan oleh guru perdana juga amat baik dan murid-murid juga menunjukkan respon dengan baik.
            Pelaporan yang perlu disiapkan juga menjadikan saya perlu membuat analisis dan penilaian hasil kerja dengan baik. Saya perlu mengimbas kembali apa yang telah saya lakukan, bagaimana saya lakukan, mengesan masalah yang timbul dan bagaimana cara tersebut boleh diatasi. Ianya juga perlu disematkan di dalam hati agar perkara atau kesilapan yang sama walaupun kecil dapat menjadi pengajaran serta diharap tidak akan berulang kembali.  
Kesimpulannya, pembelajaran secara amali ini menjadikan saya lebih memahami tajuk kursus dengan lebih baik. Segala teori yang dipelajari semasa berada dalam kuliah dan latihan yang dibuat semasa dalam kelas dapat diaplikasikan secara nyata di sekolah.   










No comments:

Post a Comment