Tuesday 18 December 2012

nota ringkas bmm 3103


Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian - INTERAKSI MINGGU 1
Pentaksiran
          Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
     
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Dalam kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu pro­ses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malay­sia, 2000). Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Pengujian

           Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.


Penilaian

         Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
· mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
· menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang
telah disampaikan.
· membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama disekolah.
· menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.
· membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
· membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
TUJUAN
  1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
  2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
  3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
  4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
  5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
  6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
  7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar.
  8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
  9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
  10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.
KEPENTINGAN
  1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran.
  2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
  3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
  4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu.
  5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN
  1. Kesahan
  2. Kebolehpercayaan
  3. Keobjektifan
  4. Kebolehtadbiran
  5. Kebolehtafsiran
>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yangtinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.


PENGERTIAN DAN KONSEP
Pengujian
* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
  2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
  3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
  4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.
Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
  2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
  3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
  4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Tiga langkah penilaian:
  1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
  2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
  3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.
*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.
* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.
* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".
* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.
* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.
Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian


TAKSONOMI DAN DOMAIN - INTERAKSI MINGGU 2

TAKSONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.
3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.
4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.
5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Taksonomi Solo
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.


Aras Taksonomi Solo
1)    Prestructural 
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.
2)    Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.
3)    Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.
4)    Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.

Taksonomi Krathwohl
Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl
1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - INTERAKSI MINGGU 3

Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan
matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras
Kemahiran” (melintang).
Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
· Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
· Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
· Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
· Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
· Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
· Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.


Kepentingan JSU
· Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
· Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
· Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
· Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
· Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
· Ujian objektif
· Ujian struktur
· Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V:
· Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei  dll)
· Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
· Pemarkahan

Langkah VI
· Nyatakan mata pelajaran
· Nyatakan tingkatan
· Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan
ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.


Pembinaan Ujian - INTERAKSI MINGGU 4
Pendahuluan
         Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.
Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif :

1) Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah
turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya
bekerja.


Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
         Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah – Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan                            Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan            
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera     
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk            
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan        
D. Dia amat rindu akan emaknya.


Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

2) Soalan Subjektif :
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
  • Item Jenis Struktur
  • Item Jenis Esei
  • Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
      Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

 Jenis-jenis Penilaian - INTERAKSI MINGGU 5

Jenis-jenis Penilaian

 

Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajar.

 

Ujian kecerdasan – disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu.

Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan.

Ujian diagnostik 
- mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah.

Ujian kecekapan 
- digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

Ujian bakat 
- Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki.

Ujian personaliti 
- untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang murid.

Ujian rujukan Norma 
– keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan keputusan pelajar yang lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria 
– maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa melibatkan perbandingan antara pelajar.

Penilaian formatif 
– penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan maklumat sejauhmana pembelajaran telah dikuasai.

Penilaian sumatif 
– dikaitkan penilaian pada akhir penggal atau semester. Memberikan nilai yang membezakan antara peringkat pencapaian pelajar.

 

Pengukuran dan Pentaksiran

     Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat penguasaan dalam pembelajaran para pelajar. Menurut Mokhtar Ismail, pengukuran merupakan langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat-sifat tertentu dari aspek tahap status nilai, proses atau nilai yang menunjukkan nilai kauntitatif, merangkumi skala ordinal atau skala selang dan boleh menentukan kedudukan atau pencapaian murid.tertentu.Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Pengukuran juga merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah kepada siswa dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Manakala pentaksiran didefinisikan sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara angka  tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat pengukur tertentu. Pentaksiran  akan menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu
Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri yang diperoleh seseorang individu. Pengujian dan pengukuran dapat memberi pihak sekolah suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif untuk dianalisis. Dapatan dari analisis ini membantu sekolah membuat sesuatu keputusan dalam merancang program-program dan tindakan penambahbaikan.

Dalam konteks pendidikan, konsep pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi bagi tujuan tertentu.

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
1.  Instrumen
2.  Kumpulan yang ditaksir
3.  Respon
4.  Kumpulan yang menaksir
5.  Skor

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai::-
1.  i.        Proses mendapat gambaran tentang prestasi sesorang dalam pembelajaran.
2.  ii.        Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
3.  iii.        Aktiviti yang dijalankan berterusan.
4.  iv.        Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik

Ciri-ciri pengukuran
1.  Pengujian boleh  dilakukan melalui  pemerhatian dan pencerapan
2.  Melaksanakan pengukuran melalui kaedah pengujian
3.  .Pengukuran tidak bersifat mutlak (Contohnya: Pengukuran keupayaan mental sukar diukur dengan tepat     berbanding   ketinggian pelajar yang boleh diukur dengan pembaris).
4.  Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka (prestasi / keupayaan digambarkan dengan angka)
5.  instrument pengukur mestilah sah dan boleh dipercayai sesuai dengan perkara yang hendak  diukur.


Jenis Penilaian Bahasa - INTERAKSI  MINGGU 5

               Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.


JENIS PENILAIAN BAHASA
1. Ujian Formatif
2. Sumatif
3. Ujian Kefasihan
4. Kemajuan
5. Ujian Bakat
6. Pencapaian

Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.


Ujian Sumatif
Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang  selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan 
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan :
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

Kaedah Penilaian Bahasa - INTERAKSI MINGGU 6, 7 DAN 8

1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
 Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.
 Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
 Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
 Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
 Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
 Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio
 Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
 Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
 Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.....
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian
 Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
 Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
 Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
 Berbentuk sumatif
 Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

3. Portfolio Dokumen
 Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
 Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
 Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
 Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
 Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
 Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
 Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?
 Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
 Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
 Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.
  Kriteria penilaian
  1. Struktur dan organisani
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian
 Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
 Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
 Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
 Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
 Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian
 Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
 Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
 Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
 Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
 Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan
 Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
 Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
 Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian
 Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

 Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
 Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
 Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
 Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot
 Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik
 Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
 Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik
 Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
 Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal
 Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
 Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian
 Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
 Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN 
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP
         Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
        Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan     penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya


BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ? 
         Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya
ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny


FORMAT / BENTUK KONTRAK
          Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat.

Penilaian Melalui Soal Jawab


         Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

Ø Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.

Ø Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.

Ø Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.

Ø Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Penilaian Melalui Projek

           Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
· Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
· Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan
inovasi.
· Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang
terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
· Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik )
· Jangka masa yang panjang
· Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
· Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan
yang benar.
· Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan
projek atau dalam kumpulan.
· Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.
· Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
· Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.
· Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
· Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.


Jenis-jenis penilaian Projek
· Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan
atau bertulis.
· Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
· Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.


· Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.


Penilaian Kemahiran Bahasa - INTERAKSI MINGGU 9
KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA


A) Penilaian Kemahiran Lisan 
  • Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
  • Kemahiran mendengar
    =Kemahiran paling asas
    =Berlaku pada peringkat penerimaan
    =Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.
  • Kemahiran bertutur
    =Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
    =Peringkat penglahiran
    =Perlu ditiru & diajuk
    =Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.
  • Tujuan kemahiran lisan :
  1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
  2. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
  3. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
  4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, 
  1. perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.
  • Kemahiran-kemahiran yang boleh
  1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
  2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul.
  3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain.
  4. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
  5. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
  6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
  • Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
  1. bacaan kuat
  2. syarahan
  3. perbahasan
  4. bercerita
  5. perbincangan
  6. hafazan
  7. temu bual
  8. soal jawab
  9. nyanyian
  10. deklamasi sajak
  11. mendengar dan memberi respon secara lisan
  • Penilaian lisan membolehkan guru :
  1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis.
  2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
  3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
  4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
  5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
  • Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
  • Cth : PLBS
  • menyediakan instrumen
  1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
  2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
  3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir.
  4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

· Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

· Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap



C ) Penilaian kemahiran membaca
  • penggunaan bahasa yang tepat.
  • kelancaran berbahasa yang baik.
  • penggunaan intonasi yang betul.
  • sebutan dan jeda yang tepat.
B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

  • Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti
    —Karangan
    —Laporan projek/kerja kursus/folio
    —Latihan dan ujian bertulis
    —Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
  • Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
    —Kemahiran menulis
    —Menyusun idea
    —Penggunaan tanda baca
    —Perbendaharaan kata
    —Mengaplikasi
    —Mentafsir Menilai
  • Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
    —Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
    —Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
    —Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
    —Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
    —Skema pemarkahan disediakan
  • Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
  • Mengesan serta merta
-Tujuan – mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)
  • mengesan kemajuan
-Tujuan – mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu

-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif
  • mengesan pencapaian

-Tujuan – mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor ) 
· Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

· Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan


PENILAIAN AKTIVITI BAHASA - INTERAKSI MINGGU 10

• Forum
• Debat
• Pidato
• Pantun
• Sajak
• Ceramah
• Syarahan

A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu  disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi  sampingan. 
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan



• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN
· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat. 
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

C) SAJAK
· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH
· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. 
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM
§ Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
§ Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif, kreatif dan rasional.
§ Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
§ Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton boleh diajukan kepada panel untuk mendapat ulasan selanjutnya.

F) DEBAT
ü Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea berterusan.
ü Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua sebaliknya. 
ü Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
ü Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
ü Sekiranya pihak pencadang sedang memberi hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak sesuai maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta yang telah diutarakan. 
ü Setelah selesai setiap daripada ahli dalam kumpulan membentangkan hujah mereka, maka sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah mengutarakan hujah mereka.
ü Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya terdapat lebihan masa digunakan.

G) PIDATO
v Mengandungi huraian isi-isi enting yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang diberikan.


Penilaian Pengalaman Pembelajaran - INTERAKSI MINGGU 11

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran
§ Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.
§ Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran§ adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui§ perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.



PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR PKN
• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”

B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
~20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah             4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game

b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I (Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru

c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio


CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
a. KAEDAH JIGSAW
- Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA
- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.


Penilaian Bahasa Berasaskan Projek - INTERAKSI MINGGU 12

DEFINISI BROSUR
- Brosur ialah risalah yang memberikan 
maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)

Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.



DEFINISI POWER POINT
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.


MATLAMAT
• Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF
• Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
• Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
• Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
• Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan


4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.



IKLAN:
Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio dan sebagainya.


ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio

POSTER:
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding. 

LAMAN WEB:
Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi dan sebagainya tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai melalui internet.

 

Penilaian Berasaskan Sekolah - INTERAKSI MINGGU 13 DAN 14

Rasional
- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.


CIRI – CIRI .....
• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA 
– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


 2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip 
Penilaian Berasaskan Sekolah

ü Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, 
siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan 
instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh 
pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi 
matapelajaran berkenaan.
ü Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
• Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
ü Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
ü Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
ü Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek 
PenilaianBerasaskan Sekolah
- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.


PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH :
a. Instrumen
b. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
c.  Rumusan


Penggredan:
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.
Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.


 







No comments:

Post a Comment