Tuesday 18 December 2012

kertas kerja homebased




KERTAS KERJA
AKTIVITI HOMEBASE
PDK SEMENYIH, 43500 SELANGOR.


ANJURAN:
PROGRAM KHIDMAT SISWA
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
DI
PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SEMENYIH, KAJANG
5    OKTOBER 2012 (JUMAAT)



1.0         TAJUK
Kertas Kerja Aktiviti ‘Home-Based’ lawatan ke rumah.

2.0         PENGENALAN
Aktiviti home-based merupakan program pemulihan yang dijalankan di rumah Orang Kelainan Upaya yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun bermasalah dalam pengangkutan. Jurulatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) akan ke rumah pelatih PDK untuk menjalankan latihan pemulihan. Aktiviti ini juga merupakan salah satu aspek penilaian dalam program PDK selain ianya adalah salah satu lawatan pekerja PDK ke rumah pelatih yang tidak dapat hadir ke pusat. Aktiviti home –based dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta Program Khidmat Siswa mengenai pengurusan home-based yang dijalankan oleh pihak pentadbiran PDK di samping melibatkan diri peserta dalam membantu ibu bapa melakukan aktiviti yang berkaitan bersama anak mereka/pelatih PDK semasa berada di rumah.   

3.0         TUJUAN
Memberi pendedahan dan pengalaman langsung kepada guru pelatih dalam pendekatan ‘Home-based’ iaitu program lawatan ke rumah warga OKU.

4.0         MATLAMAT
4.1         Memberi pendedahan kepada peserta Program Khidmat Siswa mengenai pengurusan home-based yang dijalankan oleh pihak pentadbiran PDK.
4.2         Memohon kerjasama pihak yang terlibat mengambil tindakan yang sewajarnya dan mempertimbangkan segala keperluan yang berkaitan.
4.3         Melibatkan diri peserta dalam membantu ibu bapa melakukan aktiviti yang berkaitan bersama anak mereka/pelatih PDK.

5.0         OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti berikut:
5.1         Memenuhi keperluan program yang berasaskan tiga model dalam Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu Center Base, Homebase dan Kombinasi.
5.2         Membantu menjalankan latihan pemulihan bagi Orang Kurang Upaya yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya.
5.3         Memberi pendedahan dan peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan kumpulan sasaran di tempat kediaman mereka.
5.4         Meningkatkan kesedaran guru pelatih mengenai kehidupan OKU sebenar.
5.5         Memupuk sikap mendalami dan prihatin kepada warga OKU.
5.6         Memberi kesedaran mengenai peranan dan kepentingan PDK kepada komuniti setempat di samping memberi sumbangan serta bantuan yang diperlukan.

6.0         ASAS PERTIMBANGAN
6.1         Program Home-based ini merupakan kehendak kurikulum Pemulihan Dalam Komuniti subjek Pendidikan Khas, PISMP semester 6 Pendidikan Khas.
6.2         Di antara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut:
·         Memberi pendedahan dan pengalaman langsung kepada guru pelatih melalui program ‘Home-based’.
·         Melatih guru pelatih dalam pengurusan program ‘Home-based’.
·         Memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru pelatih dalam melaksanakan dan menjayakan program ‘Home-based’.
7.0         SASARAN
Penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semenyih.
( Orang Kelainan Upaya yang terlibat dalam aktiviti home-based – pelatih PDK )

8.0         TARIKH
05 OKTOBER 2012 (JUMAAT)
9.0         TEMPAT
Rumah Orang Kelainan Upaya (OKU) – Rumah pelatih ‘Home-based’ yang telah ditetapkan oleh pihak PDK.

10.0      PERANCANGAN AKTIVITI
10.1      Berkenalan dan sesi temu bual bersama keluarga pelatih home-based.
10.2      Membantu menjalankan sesi terapi kepada pelatih home-based.
10.3      Memberi khidmat nasihat kepada keluarga pelatih home-based
10.4      Memberi sumbangan kepada keluarga pelatih

11.0      TENTATIF PROGRAM
JUMAAT, 05 OKTOBER 2012
8.30 pagi        : Guru Pelatih berkumpul
9.00 pagi        : Taklimat oleh Pengerusi PDK
                          Bergerak ke rumah pelatih ‘Home-based’ 
9.30 pagi        : Menjalankan terapi pergerakan motor halus dan motor       kasar
10.15 pagi     : Rehat
10.45 pagi     : Sambungan sesi terapi
11.30 pagi     : Bersurai   
12.0      JAWATANKUASA PROGRAM
Bagi melaksanakan program ini, sebuah Jawatankuasa Program telah ditubuhkan bagi memastikan kelancaran program aktiviti home-based. Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Home-Based adalah seperti berikut: -
PENGERUSI
Nurul Fatihah Binti Che Rashid
NAIB PENGERUSI
Hadzizan Bin Ameran
SETIAUSAHA
Nurul Hasriah Binti Zakaria
BENDAHARI
Norolhadawiyah Bt. Che Abdul Hakim
AJK AKTIVITI
Nur Faatihah Binti Mohamad Hussin
Mohd. Jakri Bin Badin
AJK PENGANGKUTAN
Nurul Addina Binti Rashid
Nuraisyah Adnie Binti Abd Rahman
AJK CENDERAMATA
Nur Hidayah Binti Taha
Edna Mag Eiry
AJK DOKUMENTASI
Fatin Hafizah Asri
Nur Arudduin Bin Mahamad Jonet


13.0      SENARAI NAMA GURU PELATIH
KUMPULAN 1
Nur Arudduin Bin Mahamad Jonet
Fatin Hafizah Asri
Nuraisyah Adnie Binti Abd Rahman
Edna Mag Eiry
KUMPULAN 2
Hadzizan Bin Ameran
Nurul Addina Binti Rashid
Nurul Hasriah Zakaria
KUMPULAN 3
Mohd. Jakri Bin Badin
Nur Hidayah Binti Taha
Nur Faatihah Binti Mohamad Hussin
KUMPULAN 4
Musa Bin Ismail
Nurul Fatihah Binti Che Rashid
Norolhadawiyah Bt. Che Abdul Hakim


14.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN
JUMLAH
1.    Pengangkutan
     RM 10 X 4 kereta          
2.    Makanan
     RM 10 X 13 guru pelatih        
3.    Cenderahati
     RM 50 X 4                                
4.    Dokumentasi dan gambar     


RM40

RM 130

RM200
RM 50

                                     JUMLAH   
     RM 420
14.0    PENUTUP
Homebase yang dijalankan ini adalah bertujuan membantu golongan-golongan kurang upaya yang berdaftar di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di rumah masing-masing. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, diharap program ini dapat dijalankan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif utamanya. Semoga segala usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,                                          Disahkan oleh,

 

(NURUL HASRIAH BINTI ZAKARIA)    (NURUL FATIHAH BINTI CHE RASHID)
Setiausaha Program Home-Based,          Pengerusi Program Home-Based,           
IPGM Kampus Ilmu Khas, KL.                   IPGM Kampus Ilmu Khas, KL.

Disokong oleh :

.............................................
(ENCIK ZAWAWI BIN )
Pensyarah / Penasihat
Program Pemulihan Dalam Komuniti,
IPGM Kampus Ilmu Khas,KL.


No comments:

Post a Comment