Friday 21 December 2012

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU


KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat,dan negara.
MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
1.    Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal
2.    Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi
3.    Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara
4.    Membaca pelbagai bahan saatera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu dan memproses maklumat secara kritis
5.    Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan
6.    Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.
7.    Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul
8.    Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
9.    Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu dan
10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriot, dan perasaan cinta akan Negara

ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan focus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dankemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum

Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa (teras penguasaan bahasa baku)
Kemahiran Mendengar
Merupakan keupayan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas
Kemahiran Bertutur
Merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.


Kemahiran Membaca
Merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran Menulis
Merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian
situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi dan
grafik

Hasil Pembelajaran
Ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat, kemahiran bahasa, system bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat
pengukuran dan penilaian pencapaian murid



Sistem bahasa
Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosda kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Pengisian Krikulum
Terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ILMU, NILAI KEWARGANEGARAAN, PERATURAN SOSIOBUDAYA, dan KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual[KBT] Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarnegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani

1. Pengetahuan
merangkumi pelbagai bidang ilmu.
Contohnya ilmu bidanag sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Nilai
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan
Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insane yang baik serta memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globlisasi
3. Kewarnegaraan
Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutmakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.
4. Peraturan Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia
5. Kemahiran Bernilai Tambah
kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, serta pembelajaran kontruktivisme, dan kontekstual. Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti berikut.

5.1 kemahiran berfikir
5.2 kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi
5.3 kemahiran belajar cara belajar
5.4 kajian masa depan
5.5 kecedasan pelbagai
5.6 pembelajaran konstruktivisme
5.7 pembelajaran kontekstual

5.1 kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan
5.2 kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet
5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar
kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid menibgkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapiu dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup
5.4 Kajian Masa Depan
kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih perihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum
5.5 KECERDASAN PELBAGAI
kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan pontensi kecerdasan pelbgai murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
5.6 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMe
pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
5.7 PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Penekanan Konsep 5P
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain

Penyerapan
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsure ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti berfikir, kemahiran belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandung pelbagai ilmu dalam mata pelajaran

Pengayaan
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam KBSR kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberi bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bacaan tambahan, kad, permainan, dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal dariapada masa yang ditentukan

Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran

Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengjaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan ayau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

No comments:

Post a Comment