Friday 21 December 2012

nota ringkas EDU 3105


SOALAN 1 :

JELASKAN APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEDIA PENGAJARAN

Maksud Media
Media berasal dari bahasa Latin dan merupakan bentuk jamak dari kata Medium yang secara harfiah bererti “Perantara” atau “Pengantar”. Media juga adalah suatu alat yang digunakan sebagai saluran (channel) untuk menyampaikan pesanan (message) atau informasi dari suatu sumber (resource) kepada penerimanya (reciever) (Soeparno, 1988:1).
Media adalah semua bentuk perantara yang digunakan orang penyebar idea, sehingga idea atau gagasan itu sampai pada penerima (Santoso S.hamijoyo). Media juga merupakan segala bentuk yang digunakan untuk proses penyaluran informasi oleh AECT. Selain itu, media adalah segala benda yang dimanipulasi, dilihat, didengar, dibaca, atau dibicarakan beserta instrumen yang digunakan untuk kegiatan tersebut (NEA). Menurut Heinich, 1993, media merupakan alat saluran komunikasi (Heinich, 1993).
Menurut Brigg, media juga adalah segala alat fizik yang dapat menyajikan pesan yang merangsang yang sesuai untuk belajar. Seterusnya, media merupakan segala sesuatu yang dapat digunakan yang berfungsi sebagai perantara, sarana, alat untuk proses komunikasi belajar mengajar (Rohani,1997: 2-3).
Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.
DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
DEFINISI MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994) pula, media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.
Schramm (1977) mengemukakan bahawa media pengajaran adalah teknologi pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran manakala Briggs (1977) pula berpendapat bahwa media pengajaran adalah sarana fizik untuk menyampaikan isi pengajaran seperti buku, filem, video dan sebagainya. Menurut Brown (1973), mengungkapkan bahwa media pengajaran yang digunakan dalam kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Pada mulanya, media pengajaran hanya berfungsi sebagai alat bantu guru untuk mengajar dan yang digunakan adalah alat bantu visual.
National Education Association (NEA) (1969) mengungkapkan bahwa media pengajaran adalah sarana komunikasi dalam bentuk cetak mahupun pandang-dengar, termasuk teknologi perangkat keras. Dapat disimpulkan juga bahawa media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat menyalurkan pesan, dapat merangsang fikiran, perasaan, dan kemahuan pelajar sehingga dapat mendorong terciptanya proses belajar pada diri pelajar.



SOALAN 2 : NYATAKAN JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN
Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini. Media terbahagi kepada dua jenis media iaitu media bercetak dan media bukan bercetak.
Media bercetak ialah media pengajaran yang hanya menggunakan gambar kaku, foto, lukisan dan cetakan. Antara contoh media bercetak ialah buku, surat khabar dan buletin.
H.G. Andriese menyatakan bahawa buku merupakan “informasi tercetak di atas kertas yang dijilid menjadi satu kesatuan”.
Unesco pada tahun 1964, dalam H.G. Andriese memberikan pengertian buku sebagai “Publikasi tercetak, bukan berkala, sekurang-kurangnya sebanyak 48 halaman”.
Surat khabar pula merupakan media cetak yang diterbitkan dengan memuatkan informasi terkini sama ada di dalam atau luar negara.
Buletin diterbitkan untuk kalangan tertentu atau kegunaan organisasi dalaman sahaja. Media ini biasanya terdiri daripada beberapa halaman dan berkonsep sederhana serta bukan untuk tujuan komersial.
Manakala media bukan bercetak pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu media tayang dan media bukan tayang. Media tayang terdiri daripada beberapa contoh seperti transparensi dan slaid.
Transparensi merupakan semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau komputer secara terus di filem transparensi. Maklumat yang terdapat pada transparensi ditayangkan secara terus kepada penonton melalui projektor lutsinar atau lebih dikenali sebagai projektor OHP.
Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Segala maklumat yang terdapat pada slaid boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid mengandungi slaid (pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif.
Berbeza pula dengan media tayang gerak, maklumat direkodkan dalam bentuk video dan sebagainya.Video merupakan salah satu daripada media bergerak dan boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan; Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Hal ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan juga boleh dilihat oleh penonton.

Terdapat pelbagai contoh media bukan tayang yang terdapat dalam era ini. Antara contoh media bukan tayang ialah grafik, gambar kaku, media pameran, media paparan dan media audio.

Grafik adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Hal ini bermakna fungsi utama grafik adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan pengajaran , adalah berdasarkan kualiti yang ada pada grafik tersebut. Kualiti grafik terhasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf.

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kad Imbasan (Flash Card) merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8  daripada kertas manila.

Kad Gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Pada kebiasaannya kad ini berukuran ¼ daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah.

Papan pengajaran merupakan media bukan unjuran. Ianya mudah digunakan kerana tidak perlukan sebarang alat. Papan pengajaran boleh digunakan dalam pelbagai cara dan untuk semua peringkat pembelajaran. Ianya juga boleh digunakan untuk semua bidang pembelajaran.

Papan Tulis Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

Papan Flip merupakan papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Beberapa helain kertas diklipkan pada bahagian atas papan untuk membolehkan helaian kertas yang berlaninan ditunjukkan mengikut keperluan.



Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara
mudah alih serta berkaki.
Papan Flanel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Papan Gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Papan Slip ialah papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flanel.


Papan Elektronik lebih biasa dipanggil “Smart Board” atau “Interactive White Board”. Papan jenis ini berciri interaktif dan merupakan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada monitor komputer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

            Audio bermaksud pendengaran atau penerimaan bunyi. Berkait rapat dengan audio visual sebagai alat komunikasi yang dapat di dengar dan dilihat.  Media audio ialah media pengajaran yang hanya menggunakan kemampuan suara sahaja, seperti radio dan tape recorder. Media pengajaran ini sesuai untuk orang yang mempunyai masalah pendengaran.













SOALAN 3 :
HURAIKAN BAGAIMANA MEDIA PENGAJARAN DAPAT MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN
            Melalui perbincangan sebelum ini mengenai media pengajaran yang telah digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran disekolah. Ia amat membantu guru dalam meningkatkan mutu P&P guru dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru mestilah berupaya untuk mengaplikasi media pengajaran ini dengan efektif agar murid dapat memperolehi pengajaran semaksimum yang boleh.
            Menurut Kemp & Smellie (1994), mengatakan bahawa media pengajaran adalah audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
PENGERTIAN MUTU                                                                                                                                 Dalam aspek pendidikan, mutu adalah suatu keberhasilan proses belajar yang berkesan dan memberikan kepuasan kepada guru dan murid.
PENGERTIAN KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak dididik.
PENGERTIAN KONSEP PEMBELAJARAN                                                  
Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan (Kamaruddin Hj.Husin,hal. 93).
Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif. Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.
Dalam konteks penggunaan media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran, pendekatan terbaik adalah bersesuaian dengan keperluan murid dan membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan media pengajaran dapat dikategorikan dari 2 aspek iaitu aspek pengajaran ( aplikasi guru ) dan aspek pembelajaran ( aplikasi murid ).
PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Rajah-rajah di bawah menunjukkan justifikasi sesuatu media digunakan.

Zon Pengalaman Dale
Media yang baik adalah media yang dapat memperjelaskan, menggambarkan, mengawal dan menarik tumpuan pemikiran dan emosi murid untuk memahami dan mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka panjang. Pemilihan media yang baik dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat meringankan tugas guru.

Faktor-faktor lain seperti masa penghasilan, perbelanjaan, bahan, berat atau ringan alatan media, kemudahan tempat serta faktor masa pengajaran memainkan peranan dalam pemilihan media. Penggunaan media yang maksima dalam pengajaran akan memastikan pembelajaran murid lebih berfokus.
FUNGSI MEDIA PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN MUTU P&P
1.    Pengajaran Bersama Pengajar

Penggunaan media pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam membantu guru melaksanakan pengajaran secara langsung. Keberkesanannya bergantung bagaimana pengajar mengaplikasikan media tersebut secara berkesan. Antara media yang digunakan dalam pengajaran adalah :
Bil
Jenis Media
Contoh
     1
Media Tayang Kaku
Transparensi, slaid, mikrofilem
2
Media Tayang Bergerak
Pita video, cakera padat digital, filem
3
Bahan Grafik
Lukisan, poster, kartun, carta, graf
4
Gambar Kaku
Gambar foto, kad imbasan, poskad
5
Bahan Pameran 3D
Model, boneka, diorama, pupet
6
Papan Pameran
Papan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin
7
Media Audio
Pita kaset, cakera padat, komputer
8
Media Cetak
Modul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah

2.    Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar

Media digunakan tanpa kehadiran pengajar. Pelajar dibimbing oleh pereka media dengan menggunakan modul dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media dipakejkan dengan sempurna, serta dijelaskan tentang tujuan, objektif, cara menggunakan dan menilai pencapaian sendiri. Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan pada masa kini telah menjadi suatu keperluan dalam usaha membangun dan memperkembangkan bidang pendidikan.

1.    Modul Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran kendiri melalui modul telah lama digunakan dalam pendidikan. Modul elektronik merupakan sebuah perisian yang dibangunkan menggunakan teknologi komputer dengan bantuan perisian-perisian lain yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti audio, video, teks, grafik, animasi dan interaktiviti.

Antaranya, guru boleh menggunakan sebuah modul pembelajaran kendiri seperti Macromedia Authorware 7. Modul ini menggunakan fail video yang menggunakan elemen ”screen capture”sebagai media penyampaian maklumat utama dan juga menggunakan elemen-elemen multimedia yang lain seperti teks dan grafik. Modul ini berteraskan Model ADDIE (Rosset,1987) sebagai model rekabentuk pengajaran dan panduan sepanjang proses pembangunan modul ini. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) .

2.    Pembelajaran Berasaskan Projek

Strategi pembelajaran yang berasaskan tugasan merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill. Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Bahan-bahan perbentangan projek diaplikasikan dengan menggunakan media pengajaran yang bersesuaian dan menjana murid untuk berfikir secara aktif. Contohnya, guru memberikan tugasan melalui paparan gambar, model atau boneka dan lain-lain.

3.    Folio Bermedia
Folio bermedia adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan peristiwa dan proses dalam satu-satu tempoh. Penghasilan folio membantu pelajar memahami, merumus dan membentang. Pelajar ini menitikberatkan soal ketepatan, bertanggungjawab, dari pelbagai sumber dan komitmen yang tinggi dalam tugasan.

4.    Pengajaran Tematik
Berfokuskan kepada topik tertentu. Bermula dari perkongsian pengalaman kemudian perkongsian kepakaran (mengumpul data dan membuat kesimpulan).


5.    Pendidikan bagi Pelajar Istimewa
Pelajar istimewa diberikan peluang sama rata dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar ini tidak ketinggalan dalam mengikuti proses pembelajaran. Media pengajaran ini dapat membantu orang kurang upaya seperti pekak dan buta dan  bisu. Selain itu, ia dapat membantu pelajar yang pintar mengukuhkan pengetahuan dalam bentuk yang lebih abstrak.

6.    Pembelajaran Jarak Jauh

Pembelajaran jarak jauh atau E-learning merupakan proses pembelajaran yang paling mudah dalam memperolehi informasi dan pendidikan dengan begitu pantas dan mudah. Antaranya adalah menggunakan teknologi elektronik iaitu kemudahan internet .

      Jumlah halaman dalam www yang semakin hari semakin melimpah menjadi e-learning merupakan alternatif  yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran kerana pelajar dengan mudahnya memperolehi maklumat.

Teknologi merupakan alat yang diharapkan dapat mempermudah proses penghantaran maklumat kepada pelajar. Dalam perkembangannya menurut Soekartawi (2007, 198) perkembangan teknologi e-learning yang didukung oleh computer dikenal sebagai Computer Base Learning (CBL) atau computer assisted learning (CAL) yang dapat dikelompokan menjadi 2 jenis iaitu:

•                       Technology-based learning
 Technology-based learning pada prinsipnya terdiri atas Audio Information Technologies (radio, audio tape, voice mail, telephone) dan Video Information Technologies (misalnya video tape, video text, videa massaging).

•                       Technology-based web-learning
Sedangkan technology-base web learning pada dasarnya adalah data informasi technologies (misalnya bulletin board, internet, email, dll).

Melalui PJJ ini guru dan murid dapat berkomunikasi tanpa dibatasi hal-hal yang bersifat protokol malahan memanfaatkan kemudahan teknologi yang semakin berkembang. Selain itu, pengajaran yang bersifat bahan ajar mandiri ini ( self learning materials) ini dapat memanfaatkan ilmu iatu maklumat dalam komputer dapat diakses oleh guru dan murid-murid.



No comments:

Post a Comment